Twitter Untuk iOS Dikemaskini Dengan Rekaan Bar Sisi Yang Lebih Kemas

Diterbitkan pada July 28, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sehingga hari ini, aplikasi Twitter untuk iOS pada hemat saya adalah versi yang terbaik untuk peranti mudah alih. Ini kerana ia berjalan dengan lancar, pantas dan kurang ada masalah berbanding aplikasi Twitter pada Android. Pada Android jika ada kadar segar semula 120Hz atau jenis adaptif, prestasi aplikasi tidak akan menjadi konsisten.

Terkini untuk iOS, Twitter telah mengemaskini aplikasi mereka dengan sedikit perubahan pada rekaan antaramuka. Twitter kini menawarkan bar sisi baharu yang lebih kemas, yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu ruang utama dan ruang tambahan.

Ruang utama mempunyai tetapan Twitter Blue, Topics, Bookmarks dan juga Lists. Kemudian ruang tambahan mempunyai tiga menu turun bawah iaitu Creator Studio, Professinal Tools dan Settings and Support. Tidak dinafikan yang tetapan ini nampak menarik dan sedap mata memandang.

Buat masa ini, ia masih diedarkan secara berperingkat dan pengguna terpilih sahaja akan nampak perubahan ini. Saya yang sudah mengemaskini Twitter di App Store ke versi terkini turut tidak nampak perubahan ini lagi. Anda pula bagaimana?

komen


© Amanz / 2022 Kami