Cari @ Amanz

AirAsia sedia menyatakan hasrat dalam penawaran teksi-udara di Malaysia dalam beberapa tahun lagi. Kini, selari dengannya, AirAsia dan Skyports kini umum kerjasama dan ingin melihat kepada pembangunan infrastruktur teksi-udara di Malaysia.

Dengan kerjasama ini, AirAsia dijangka menawarkan kepakaran berkaitan penerbangan, selain pemasaran dan rangkaian. Sementara Skyports pula akan berkongsi kepakaran rekabentuk dan pembangunan infrastruktur.

Skyports sebelum ini telah sedia mempunyai sejumlah projek dan portfolio di bandar-bandar utama seluruh dunia, termasuk London, Paris dan Los Angeles.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd