Nama Model Cip Pemprosesan AMD Ryzen 7000 Diperlihatkan – Empat Model Akan Dilancarkan Dahulu

Diterbitkan pada July 28, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

AMD dijangka akan melancarkan siri cip pemprosesan AMD Ryzen 7000 mereka tidak lama lagi, dan baru-baru ini, mereka nampaknya telah mengemaskini pengkalan data model CPU mereka dengan penawaran CPU baru dari siri tersebut.

Melalui laporan VideoCardz, AMD dijangka akan memperkenalkan empat model CPU baru, termasuklah AMD Ryzen 9 7950X, AMD Ryzen 9 7900X, AMD Ryzen 7 7700X dan AMD Ryzen 5 7600X. Seperti biasa, AMD dilihat akan melancarkan siri cip pemprosesan X terlebih dahulu dengan kelajuan cip pemprosesan yang lebih pantas.

Nama-nama cip pemprosesan ini diperlihatkan melalui pengkalan data di laman web AMD sendiri, yang memperlihatkan nama tersebut.

Ia adalah kebiasaan untuk AMD melancarkan cip-cip pemprosesan paling berkuasa mereka terlebih dahulu sebelum melancarkan model yang lebih mesra dompet pengguna. AMD dijangka akan memperlihatkan penawaran cip komputer terbaru mereka ini pada bulan September ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami