Siri Redmi K50 akan diteruskan lagi dengan model baharu, iaitu Redmi K50s. Masih tidak pasti bila peranti-peranti Redmi K50s akan dilancarkan, tetapi Lu Weibing telah mengesahkan yang peranti ini akan ada versi dijana dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1.
Peniris terkenal Yogesh Brar mendedahkan yang Redmi K50s Pro akan hadir dengan skrin 6.67-inci panel OLED dengan sokongan kadar segar semula 120Hz dan paparan HDR10+. Versi inilah yang dikatakan akan dijana dengan cip Qualcomm yang berkuasa, Snapdragon 8+ Gen 1. Memori pula dikayakan mencapai 12GB RAM dengan storan sehingga 256GB.

Paling menarik adalah, kamera pada peranti ini dikhabarkan akan menggunakan sensor 200MP dan dipadankan dengan sensor 8+2 Megapixel. Ia akan menjalankan MIUI 13 berasaskan Android 12, dwi-speaker, dan pengimbas cap jari bawah skrin.
Tetapi masih tidak pasti jika peranti ini akan dilancarkan di Malaysia sebagai Redmi atau dijenamakan semula sebagai Poco serta adakah peranti akan menjadi eksklusif di China sahaja ataupun tidak. Sama-sama kita nantikan.