#HP

HP Envy 16 Dengan CPU Intel Alder Lake Dan GPU Arc Alchemist Kini Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga Bermula RM6999

Diterbitkan pada July 28, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

HP Malaysia hari ini telah mula membawa masuk sejumlah peranti-peranti produktiviti terbaru mereka, dimana diantaranya ialah HP Envy 16 yang dikuasakan oleh CPU Intel Alder Lake terbaru.

Komputer riba ini hadir dengan paparan skrin IPS bersaiz 16 inci dengan resolusi WQXGA (2560 × 1600) dan kadar segar semula 120Hz yang dikuasakan oleh pilihan CPU Intel Core i5-12500H untuk model paling rendah dan juga Intel Core i7-12700H untuk dua daripada tiga penawaran komputer riba ini. Kesemua model HP Envy 16 hadir dengan memori LPDDR5 sebanyak 16GB dan juga storan SSD NVMe PCIe4 sebesar 1TB.

HP Envy 16 ini juga merupakan salah satu komputer riba pertama yang hadir dengan cip pemprosesan grafik Intel Arc A370 dengan 4GB memori GDDR6 terbina, manakala model paling berkuasa hadir dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3060 yang mampu menggerakkan permainan-permainan moden pada resolusi Full HD dan kadar segar semula yang tinggi.

Dari segi penawaran palam, HP Envy 16 terbaru ini hadir dengan dua palam Thunderbolt 4, dua palam USB 3.2 Type-A, satu palam HDMI 2.1 dan satu palam audio 2-dalam-1 3.5mm dan satu pembaca kad MicroSD. Disamping itu, komputer riba ini juga mempunyai sokongan untuk sambungan internet nirwayar WiFi6E yang cukup pantas sekali.

Siri komputer riba HP Envy 16 ini sudahpun mula ditawarkan di laman web mereka pada tanda harga berikut, dan setiap pembelian komputer riba ini akan hadir dengan paparan HP M22F dan pelbagai aksesori lain secara percuma:

komen


© Amanz / 2022 Kami