Carian
Kemuncak Hujan Meteor Delta Aquariids Dijangka Berlaku Awal Pagi 29 Julai
July 28, 2022 Aman

Agensi Angkasa Malaysia kini berkongsi mengatakan kemuncak hujan meteor Delta Aquariids dijangka berlaku pada awal pagi 29 Julai 2022.

Sekitar 20 meteor per jam dijangka dapat dilihat, dan boleh kelihatan dalam keadaan langit yang gelap dan cuaca yang baik. Agensi Angkasa Malaysia juga mengatakan kenampaka hujan meteor ini adalah baik kerana tiada gangguan bulan semasa kemuncak hujan meteor berkenaan.

Untuk makluman, hujan meteor Delta Aquariids merujuk kepada kemunculan hujan meteor di langit di jawasan buruj Aquarius. Fenonema ini berlaku setiap tahun, apabila Bumi beredar mengelilingi Matahari, dan merentasi laluan orbit Komet 96P/Machholz.

Ketika komet ini mengorbit menghampiri Matahari, debu-debu komet terbebas, dan sisa tinggalan memasuki atmosfera Bumi dan terbakar – sekaligus membentuk jalur bersinar panjang, seumpama hujan meteor.

Komen