Cari @ Amanz

Dengan perkembangan arena permainan mudah-alih (permua) pada telefon pintar, permintaan untuk aksesori berbentuk alat-kawalan telefon pintar turut meningkat. Kita sedia melihat beberapa penawaran di pasaran, dan kini Backbone dan Sony bekerjasama dalam memperkenalkan aksesori berbentuk alat kawalan edisi PlayStation untuk iPhone, dinamakan Backbone One.

Aksesori ini merupakan edisi dengan lesen rasmi PlayStation, dan menyertakan elemen rekaan PlayStation padanya.

Alat kawalan ini boleh disesuaikan untuk iPhone Mini sehingga iPhone Pro Max. Menurut Sony, Backbone One ini boleh digunakan untuk memainkan permainan melalui aplikasi Remote Play, disamping permainan popular lain yang menyokong alat kawalan, seperti Genshin Impact, COD Mobile, dan sebagainya.

Apa pun, buat masa ini, Backbone One untuk iPhone ini tidak ditawarkan untuk pasaran Malaysia lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd