Instagram Tangguh Pengenalan Rekaan Skrin Penuh, Dan Kadar Paparan Kandungan Rawak

Diterbitkan pada July 29, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Instagram sebelum ini telah mulakan ujian paparan penuh pada halaman tab utama – yang membawa rekaan seumpama TikTok. Disamping itu, kadar paparan kandungan rawak juga telah dipertingkatkan sekaligus memaparkan kandungan-kandungan daripada akaun yang tidak diikuti pada halaman tab utama pengguna.

Perkara ini sekaligus membuatkan ramai tidak menyukainya dan mengkritik Instagram.

Kini, Instagram membatalkan perancangan berkenaan sementara. Mengikut perkongsian pihak Instagram kepada Platformer, Instagram mengatakan mereka tangguhkan pengenalan skrin paparan penuh pada aplikasi mereka, disamping turut menurunkan kadar paparan kandungan rawak kepada pengguna.

Mengikut data pihak Instagram sendiri, ia didapati pengguna kurang menyukai rekaan skrin paparan penuh berkenaan.

Apa pun, penangguhan ini dijangka hanya sekadar sementara sahaja. Instagram mungkin mencuba beberapa perkara baharu pada platform mereka, dan melihat apakah yang paling disukai pengguna.

Sebelum ini, Mark Zuckerberg telah menyatakan akan meningkatkan paparan kandungan rawak daripada akaun yang tidak diikuti sehingga kepada 30% berbanding hanya 15% pada hari ini di Instagram dan Facebook.

komen


© Amanz / 2022 Kami