Micron Mula Mengeluarkan Memori NAND Dengan 232 Lapis Secara Besar-besaran

Diterbitkan pada July 29, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Micron ialah sebuah jenama pengeluar komponen cip memori dan storan yang cukup terkenal sekali, khususnya untuk komponen 3D NAND mereka yang sering dikembangkan teknologinya dengan pesat.

Terkini, Micron telah mula mengeluarkan memori 3D NAND terbaru mereka yang hadir dengan 232 lapis secara besar-besaran melalui kilang pembuatan memori mereka di Singapura. Dengan cip NAND ini, Micron dilihat bukan sahaja boleh mengeluarkan komponen yang hadir dengan jumlah storan yang tinggi, tetapi juga kadar kelajuan penghantaran data yang tinggi.

Micron mengatakan bahawa NAND 3D 232 lapis ini hadir dengan ketumpatan data paling tinggi dalam satu mm2, iaitu sebanyak 14.6Gb dan mempunyai kelajuan I/O setinggi 2.4GB/s, dimana kelajuan purata I/O untuk sebuah cip NAND sebelum ini ialah 1.6Gb/s.

Micron mengatakan bahawa mereka sudahpun mula mengeluarkan cip-cip NAND ini, dan selain dijual kepada pembangun-pembangun komponen ataupun peranti yang lain, mereka akan menggunakan cip 232 lapis ini untuk membangunkan produk-produk storan dan memori mereka sendiri dibawah jenama Crucial mereka.

komen


© Amanz / 2022 Kami