Spotify Memperkenalkan Friends Mix – Senarai Main Yang Dijana Berdasarkan Minat Anda Bersama Rakan

Diterbitkan pada July 29, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Beberapa bulan lepas, Spotify telah memperkenalkan ciri Blend untuk memadankan senarai main anda bersama pengguna lain atau juga artis. Ini bermakna jika anda ada rakan di dalam Spotify dan mengikuti artis dan mempunyai minat yang sama, Spotify boleh menjana senarai main khusus untuk anda nikmati.

Terkini, mereka memperkenalkan Friends Mix pula. Ia adalah satu ciri berdasarkan Blend, tetapi dijana secara automatik.

Untuk menggunakan ciri ini, anda perlu mencipta Blend tersendiri terlebih dahulu dan senarai main Friends Mix akan terus terpapar pada akaun anda. Jika anda tidak pernah menggunakan ciri Blend, anda hanya perlu cari Blend pada bar carian dan jemput rakan anda. Jika rakan anda terima jemputan, Spotify akan terus menjana senarai main yang dipenuhi dengan muzik yang anda dan rakan anda minat atau pernah dengari.

Ciri ini ditawarkan untuk kedua-dua pengguna percuma dan juga pelanggan Spotify Premium. Anda boleh cuba menggunakannya bermula hari ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami