Cari @ Amanz

NASA kini berkongsi perancangan untuk membawa balik sekurang-kurangnya 30 batu dari planet Marikh ke Bumi menjelang 2023 kelak.

Buat masa ini, Perseverance Rover sedia menghimpunkan sekitar 11 batu dan sampel berbeza di planet berkenaan, dan akan terus mengumpul beberapa sampel baharu. Dan untuk membawa kembali sampel berkenaan ke Bumi, NASA akan melancarkan sebuah penerbangan khas sekitar 2028 ke planet merah tersebut. Penerbangan khusus ini diamaakan “Sample Retrievel Lander” akan bertanggungjawab dalam menjayakan membawa sampel dari planet berkenaan ke Bumi.

Sekiranya semua berjalan lancar, kita mungkin akan melihat sejumlah 30 sampel dari planet Marikh dibawa ke Bumi sekitar 2033 kelak. Disamping itu, ia juga dijangka akan membawa pulang sejumlah besar data yang membantu dalam manusia lebih memahami planet bersebelahan tersebut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd