Penghantaran ASUS ROG Phone 6 Dengan Variasi 12GB Dan 16GB RAM Ditunda

Diterbitkan pada July 29, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

ASUS ROG Phone 6 telah dilancarkan di Malaysia pada awal Julai lalu dengan tanda harga bermula RM3,599. Seperti yang dikongsi sebelum ini, ketersediaan dan penghantaran untuk ROG Phone 6 dengan variasi memori 12GB/256GB dan 16GB/512GB bakal bermula sekitar bulan Ogos ini.

Namun begitu, ia terpaksa ditunda ke satu tarikh baharu yang akan ditentukan kemudian selepas dihimpit dengan masalah yang tidak dinyatakan secara khusus. Rentetan daripada itu, pihak ASUS Malaysia telah memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku dan berusaha untuk menyelesaikannya dengan sebaik mungkin.

Buat masa ini, tiada maklumat lanjut mengenai tarikh baharu yang dikongsi. Tetapi seperti biasa, kami di Amanz akan berkongsi lanjut berhubung perkara ini sekiranya terdapat kemas kini baharu dalam masa terdekat.

komen


© Amanz / 2022 Kami