Carian
MyCERT Mengeluarkan Amaran Berkaitan Penipuan Tawaran Kerja Dan Hadiah Daripada Shopee
July 30, 2022 Aman

MyCERT kini telah mengeluarkan amaran berkaitan kaedah penipuan baharu, dimana penipu menghubungi pengguna melalui WhatsApp, dan mengatakan mereka menawarkan kerja daripada Shopee, selain ganjaran wang tunai dan memenangi hadiah cabutan bertuah.

Bercakap mengenainya juga, Shopee menekankan mereka tidak mengambil mana-mana pihak untuk tujuan pengambilan kerja, selain hanya anjurkan sebarang pertandingan melalui aplikasi rasmi Shopee sahaja.

Orang ramai diminat berhati-hati dan tidak tertipu dengan kaedah baharu ini. Terdapat beberapa laporan mengatakan berlakunya kecurian identiti, disamping terdapat mangsa yang turut kehilangan wang disebabkan penipuan ini.

Komen