Amerika Syarikat dan Jepun kini bersetuju untuk membangunkan pusat kajian semikonduktor tersendiri, dan akan ditubuhkan pada tahun 2022 ini.
Pusat kajian ini akan ditubuhkan di Jepun, dengan sasaran kajian berkaitan cip 2-nanometer pada tahun ini. Ia akan termasuk dengan pembangunan prototaip, selain pengeluaran semikonduktor 2nm menjelang 2025 kelak.
Seperti ramai sedia maklum, cip dan semikonduktor memainkan peranan penting dalam pembangunan pelbagai perkara. Jepun dan Amerika ingin mendominasi arena ini.
Pada hari ini, ia diterajui oleh Taiwan, yang mana menghasilkan cip untuk pelbagai peranti dan perkakasan. Namun, disebabkan ketegangan dan kestabilan melibatkan Taiwan dan China, kini ia dilihat sebagai Jepun mungkin menjadi alternatif untuknya kelak.
- Sumber : Reuters