Cari @ Amanz

Ada kerisauan data peribadi yang disimpan dalam peranti dicuri apabila ia dihantar ke pusat khidmat pelanggan untuk dibaiki. Telah terdapat beberapa kes berprofil tinggi melibatkan gambar memalukan artis Indonesia dan Hong Kong ditiriskan ke arena web selepas dicuri dari peranti milik mereka yang dibaiki.

Untuk mengurangkan kerisauan, ada yang sanggup melakukan tetapan semula peranti untuk mengelakkan ini daripada berlaku kepada mereka. Bagi pengguna Samsung ini tidak akan lagi menjadi isu dengan pengenalan Maintenance Mode.

Menerusi Repair Mode, data peribadi dalam bentuk gambar, teks, akaun dan aplikasi tidak boleh diakses. Sekali imbas ia kelihatan seperti peranti yang baru dibeli. Ciri ini diakses menerusi tetapan Battery and Device Care. Ia sudah diberikan kepada pengguna Galaxy S21 di Korea terlebih dahulu dengan ia akan dikembangkan ke model dan pasaran lain dalam masa terdekat.

  • Sumber
  • Sumber – Android Police
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd