Di Twitter anda diberikan pilihan untuk memuat naik satu jenis media sahaja pada setiap ciapan. Maka pengguna perlu memilih untuk memuat baik gambar, GIF atau video setiap hari. Tetapi kini Twitter melakukan ujian untuk membenarkan pengguna memuat naik kesemua jenis media di atas secara serentak dalam satu ciapan.
Dengan ciri yang hanya diberikan kepada sebilangan pengguna sahaja setakat ini, kesemua jenis media boleh dihantar dalam satu ciapan tanpa perlu menghantar tiga ciapan berbeza. Ini akan menjimatkan masa dan mirip dengan ciri yang telah disokong pada platform lain seperti Instagram sejak sekian lama.