Polis : Berhati-Hati Dengan SMS Palsu Maklumkan Wang Dikredit Ke Akaun TNG eWallet

Diterbitkan pada Ogos 1, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pihak Polis kini memberikan peringatan kepada orang ramai, supaya berhati-hati dengan SMS palsu yang memaklumkan para pengguna, mengatakan wang telah dikreditkan ke akaun Touch n Go eWallet.

Selain pihak polis, perkara sama turut ditekankan dan diingatkan oleh pihak MySejahtera, mengatakan mmereka tidak menghantar sebarang pesanan berkaitan pemberian bantuan kewangan kepada orang ramai.

Peringatan ini dikeluarkan selepas pada beberapa hari kebelakangan, beberapa pengguna melaporkan menerima SMS seumpama daripada pihak kerajaan, dan memaklumkan mereka menerima kredit melalui dompet digital TNG. Sebuah pautan disertakan, dan meminta pengguna log masuk ke akaun TNG masing-masing melalui sebuah halaman web palsu.

Pihak Polis mengingatkan ia adalah salah satu taktik untuk mendapatkan maklumat pengguna. Orang ramai diingatkan supaya tidak tekan pada pautan, atau mengakses akaun dompet digital daripada aplikasi yang sah sahaja.

komen


© Amanz / 2022 Kami