Maybank2U Kini Membolehkan Anda Menetapkan Had Transaksi FPX Harian

Diterbitkan pada Ogos 1, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Maybank kini menambah sebuah ciri baharu pada perkhidmatan perbankan mereka, membolehkan pengguna untuk menetapkan had perbelanjaan harian melalui FPX, sehingga RM50,000 setiap hari.

Untuk makluman, FPX merupakan perkhidmatan pembayaran yang sering digunakan oleh pelbagai perkhidmatan edagang dan pembayaran luar Maybank – sekaligus memudahkan anda untuk mengawal perbelanjaan.

Untuk semua pengguna, had berkenaan akan ditetapkan kepada RM3000 secara automatik sekiranya tiada sebarang perubahan dilakukan sebelum 20 Ogos 2022 kelak.

Untuk melakukan tetapan had anda, anda hanya perlu membuka laman Maybank2U dan log masuk ke akaun anda. Seterusnya klik pada Settings pada sudut kanan sebelah atas.

Seterusnya, pilih “Pay & Transfer”, pilih “FPX”, dan tetapkan had transaksi FPX harian anda.

komen


© Amanz / 2022 Kami