LG Dan SoundHound Bekerjasama Membangunkan Sistem Kawalan Suara Dalam Kereta

Diterbitkan pada Ogos 1, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Menggunakan arahan suara untuk mengawal peranti adalah perkara mudah apabila kami di rumah. Tugasan seperti mengaktifkan penggera, memberikan peringatan dan mengawal sistem lampu pintar sudah biasa dilakukan setiap hari. Tetapi melakukan perkara yang sama dalam kereta sedikit sukar kerana terdapat terlalu banyak pencemaran bunyi dan boleh menyebabkan tumpuan kepada pemanduan terganggu.

LG dan SoundHound mengumumkan kerjasama membangunkan kecerdasan buatan generasi baharu yang akan digunakan pada sistem info hibur kenderaan. Kepakaran SoundHound dalam mengenalpasti audio dan suara akan digunakan untuk menjadikan sistem yang bakal digunakan lebih baik berbanding sistem sedia ada.

Antara yang boleh dilakukan kelak ialah mengawal pelbagai sistem kereta seperti menurunkan tingkap dengan kawalan suara. Pemandu boleh melakukan pesanan makan terus menerusi sistem info hibur kenderaan dalam perjalanan pulang ke rumah. Ini diharap bukan sahaja akan menjadi sistem kawalan suara lebih baik tetapi turut mengurangkan gangguan kepada pemandu.

komen


© Amanz / 2022 Kami