Anda Kini Boleh Mengikut Pengguna Twitter Lain Tanpa Mendaftar Akaun

Diterbitkan pada Ogos 1, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Twitter adalah perkhidmatan media sosial yang percuma untuk digunakan oleh semua orang. Walaupun ada pilihan pelan langganan, bayar tiket untuk sertai Spaces atau membayar pengikut lain untuk sokongan melalui Super Follows – ia tidak diwajibkan.

Kini bagi menggalakkan lebih ramai orang menggunakan Twitter, Twitter membenarkan orang ramai mencuba Twitter sebelum mendaftar akaun. Ciri ini hanya boleh digunakan pada aplikasi peranti mudah alih seperti Android atau iOS. Selepas memasang aplikasi pada peranti, akan ada butang Cuba Twitter.

Tetapi tidak semua benda “percuma”, kerana untuk mencuba Twitter pengguna perlu bersetuju untuk Twitter menjejak aktiviti berdasarkan corak penggunaan. Selepas setuju, aplikasi akan mencadangkan beberapa akaun untuk diikuti. Kemudian aplikasi Twitter ini boleh digunakan untuk ikuti lebih ramai pengguna lain.

Dengan ciri ini, pengguna yang tidak ingin mendaftar akaun seperti memasukkan emel, nombor telefon dan sebagainya boleh membaca pelbagai ciapan daripada sesiapa. Cuma jika ingin Like, Retweet, Quote Tweet atau juga jika ingin Tweet sesuatu – pengguna wajib mendaftar akaun.

komen


© Amanz / 2022 Kami