Samsung Galaxy S22 Bora Purple Akan Tiba Ke Pasaran Tempatan Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Ogos 1, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Siri peranti pintar Samsung Galaxy banyak memperlihatkan pilihan dalam warna ungu yang unik, dan kali ini, Samsung Malaysia nampaknya bakal menawarkan sebuah lagi peranti dalam warna tersebut dengan Samsung Galaxy S22 Bora Purple.

Bora dalam bahasa Korea bermaksud ungu, dan dengan pilihan warna Bora Purple ini, Samsung memperlihatkan sebuah peranti yang hadir dengan pilihan warna ungu pastel yang juga agak neutral dan senang dipandang oleh mata.

Samsung Galaxy S22 hadir dengan skrin 6.1″ Dynamic AMOLED 2X FHD+ 120Hz, penggunaan cip Snapdragon 8 Gen 1, memori 8GB RAM, storan sehingga 256GB, kamera utama 50+12+10 MP, kamera hadapan 10MP, dan bateri 3700 mAh dengan pengecasan 25W.

Samsung Malaysia mengesahkan bahawa pilihan warna Bora Purple ini akan mula dijual di pasaran tempatan tidak lama lagi.

komen


© Amanz / 2022 Kami