Perkhidmatan Storan Awanan Amazon Drive Akan Ditutup Pada Penghujung 2023

Diterbitkan pada Ogos 1, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Jika anda diantara mereka yang menggunakan perkhidmatan storan awanan Amazon Drive, Amazon baru-baru ini telah mengumumkan bahawa mereka akan menutup perkhidmatan tersebut menjelang 31 Disember 2023.

Fungsi muat-naik fail ke Amazon Drive akan ditamatkan pada 31 Januari 2023, manakala aplikasi-aplikasi Android dan iOS tidak akan boleh dimuat-turun lagi menjelang 31 Oktober 2023. Pengguna dilihat diberi masa setahun untuk mencari perkhidmatan storan awanan baru untuk menyimpan fail-fail digital mereka.

Bagi mereka yang menggunakan Amazon Drive untuk menyimpan gambar dan video, Amazon mengatakan bahawa ia boleh dipindahkan ke Amazon Photos tanpa sebarang masalah. Malah Amazon mengatakan bahawa mereka akan memfokuskan pembangunan untuk aplikasi tersebut sebagai cara termudah dan terbaik untuk orang ramai menyimpan gambar-gambar dan video mereka.

komen


© Amanz / 2022 Kami