Lenovo Legion Y700 Ultimate Edition Dilancarkan Dengan Panel Belakang Boleh Berubah Warna

Diterbitkan pada Ogos 1, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Lenovo Legion Y700 Ultimate Edition telah dilancarkan secara rasminya di China sebagai sebuah tablet bersaiz 8-inci. Tablet ini hadir dengan kemasan tubuh khusus yang mempunyai panel belakang boleh berubah warna sewaktu sedang digunakan. Selain itu, terdapat juga sokongan lampu RGB terbina disertakan yang menjadikan ia lebih menarik untuk kegunaan permua.

Sama seperti Lenovo Legion Y700, tiada perubahan pada spesifikasi yang dibuat secara keseluruhannya. Ia dilengkapi skrin sebesar 8.8-inci dengan kadar segar semula 120Hz dari jenis LCD. Ia kemudiannya dipadankan dengan Snapragon 870, memori sehingga 12GB, storan dalaman 256GB dan bateri 6,550 mAh dengan pengecasan 45W.

Kamera belakang sebesar 13-Megapixel, sementara itu kamera hadapan pula 8-Megapixel. Terdapat sepasang speaker stereo dengan Dolby Atmos, seterusnya ia turut hadir dengan sistem penyejukan dan bicu audio 3.5mm. Di China, tablet ini dijual pada RMB3299 (~RM2,177) sebuah.

komen


© Amanz / 2022 Kami