Carian
Intel Dijangka Akan Memperkenalkan Semua Cip Pemprosesan Raptor Lake Mereka Ke Tahun Ini
August 1, 2022 Nazrin

Intel dijangka akan memperkenalkan sejumlah cip pemprosesan generasi ke-13 mereka, Raptor Lake pada penghujung September ini dengan siri cip pemprosesan kelas desktop terlebih dahulu. Perkara tersebut masih lagi akan berlaku, tetapi Intel juga dijangka akan memperlihatkan penawaran cip pemprosesan komputer riba lebih awal.

Cip pemprosesan untuk kelas komputer riba sepatutnya hanya diperlihatkan pada awal tahun depan, secara lazimnya sewaktu acara Consumer Electronics Show, tetapi dengan Raptor Lake, Intel dijangka mahu memperkenalkan cip-cip pemprosesan tersebut lebih awal juga kerana faktor industri.

Ia diperlihatkan bahawa kebelakangan ini, pembeli lebih cenderung kepada membeli komputer riba berbanding dengan komputer desktop, dan oleh itu, Intel dijangka akan memperkenalkan cip-cip pemprosesan tersebut pada bulan Oktober ataupun November ini.

Malah, CEO Intel, Pat Gelsinger dipetik mengatakan bahawa cip pemprosesan Intel Raptor Lake akan bermula dengan jualan CPU desktop pada musim luruh ini, dan diikuti dengan penawaran komputer riba yang dikuasakan cip Raptor Lake sebelum penghujung tahun ini.

Samada ini bermakna bahawa jenama-jenama komputer riba akan memperlihatkan model dengan cip pemprosesan terbaru tidak diketahui lagi, tetapi oleh kerana rekaan Raptor Lake menyerupai Alder Lake sebelumnya, ia tidak mengejutkan sekiranya ia benar-benar berlaku.

Komen