ASUS baru-baru ini telah memperlihatkan dua buah komputer desktop yang dibangunkan untuk tujuan gaming dan juga produktiviti melalui ASUS ROG Strix GT15 dan juga ASUS ExpertCenter D7 Tower yang tiba bukan sahaja dengan pilihan kad grafik keluaran NVIDIA, tetapi juga Intel yang terbaru.
Bermula dengan ASUS ROG Strix GT15, komputer desktop bersaiz ATX ini tampil dikuasakan dengan pilihan CPU Intel Core i7-11700H dan juga Intel Core i7-12700KF, dengan pilihan memori DDR4 sehingga 16GB yang boleh dinaiktaraf sehingga 64GB sekiranya diperlukan. Ia juga hadir dengan storan SSD NVMe PCIe 4.0 sebesar 512GB dan mempunyai ruang dan palam storan mencukupi untuk empat cakera keras SATA.
ASUS ExpertCenter D7 Tower memperlihatkan sebuah desktop yang dikuasakan oleh pilihan cip Intel generasi ke-12 Alder Lake yang lebih meluas, dari Intel Core i3-12100 ke Intel Core i7-12700 dengan memori DDR4 sebanyak 16GB yang boleh dinaiktaraf sehingga 64GB pilihan storan SSD NVMe PCIe 4.0 sehingga 1TB.
Dari segi pilihan grafik pula, kedua-dua komputer desktop ini hadir dengan pilihan NVIDIA GeForce RTX 1660 sehingga RTX 3080, tetapi lebih menarik lagi, mereka juga tampil dengan pilihan untuk kad grafik Intel Arc A380 yang baru diperlihatkan oleh Intel.
Setakat ini, kedua-dua komputer ini hanya ditawarkan di pasaran-pasaran terpilih, dan tidak diketahui jika ia akan ditawarkan di pasaran tempatan. Setakat ini juga, komputer-komputer ini hanya hadir dengan penyenaraian buat masa ini.