Cari @ Amanz

Pada bulan Julai yang lalu OPPO telahpun melancarkan Reno terbaharu iaitu Reno8 Pro 5G. Dan pertama kalinya siri Reno ini menerima kemaskini rekaan dan juga prestasi yang turut membawanya setapak ke hadapan.

Dari segi rekaan, ia hadir dengan rekaan berbeza dengan gaya Unibody malah ia juga merupakan Reno ternipis berbanding model terdahulu. Rekaan modul kameranya yang besar membentuk seakan nombor 8, dan juga memberikan gaya kamera berkuasa dilihat lebih bersepadu dengan badan peranti ini, menambahkan keunikan apabila dihiasi dengan warna khas Glazed Green.

Disebalik peranti pertengahan dengan kemasan premium, berikut merupakan spesifikasi yang turut menyempurnakan prestasi Reno8 Pro 5G menghampiri apa yang ditawarkan oleh peranti flagship. 

Cip MariSilicon X NPU Membolehkan Rakaman 4K Lebih Baik

Apabila peranti flagship OPPO Find X5 Pro dilancarkan, ia turut membawakan cip MariSilicon X NPU untuk tujuan pengimejan. Cip pengimejan ini merupakan cip pertama bersaiz 6nm dan mampu melakukan 18 trilion pengiraan per saat (TOPS) membolehkan rakaman pengimejan berlaku pantas.

Dan cip flagship yang sama ini juga digunakan pada OPPO Reno8 Pro 5G, membolehkan fungsi-fungsi premium yang ada pada peranti premium, turut hadir. Malah pengguna boleh merakam video 4K dengan warna dan pengimejan yang lebih jelas, dan terang.

Lebih dari itu, cip pengimejan berkuasa ini juga turut membolehkan pengguna merakam video malam dalam resolusi 4K. Menerusi kebolehan 4K Ultra Night Video, pengguna tidak perlu merasa was-was untuk merakam video walau dalam apa jua keadaan kerana kualiti imej dan warna adalah tepat, dan tiada sebarang limpahan cahaya berlebihan (over-exposure) terjadi.

Dilengkapi Dwi-Sensor Pengimejan Flagship Dari Sony

Melengkapkan lagi cip pengimejan MariSilicon X NPU, adalah dwi-sensor pengimejan flagship dari Sony. Cip ini merupakan penambahbaikan dari model Reno7 sebelum ini, dan kali ini lengkap dengan fungsi Auto Focus terbaharu. Justeru imej dan hasil rakaman akan sentiasa tajam hasil pemfokusan yang lebih tepat.

Jika anda merakam gambar di waktu malam, fungsi Night Portrait akan mengaktifkan algoritma Turbo RAW dan juga algoritma AI HDR, justeru gambar apa jua dalam situasi kurang pencahayaan akan kekal tajam dan menyerlahkan prestasi pengimejan yang cip MariSilicon X NPU tawarkan.

Pengecasan Pantas 80W SuperVOOC – 100% Dalam Masa 28 Minit

Kebanyakan peranti kelas pertengahan kadangkala tidak menyertakan fungsi flagship yang penting, seperti pengecasan pantas. OPPO tidak berkompromi dalam hal ini, bagi memberikan fungsi flagship kepada siri Reno yang merupakan peranti kelas pertengahan.

OPPO menyertakan pengecasan pantas 80W SuperVOOC bagi membolehkan pengguna tidak perlu membazir masa dengan lama. Malah dalam masa 28 minit, OPPO Reno8 Pro 5G dengan bateri berkapasiti 4,500 mAh ini boleh dicaj sehingga 100%.

Dan sebagai jaminan untuk pengguna, peranti ini turut menerima pensijilan TÜV Rheinland Safe Fast-Charge System yang memastikan fungsi pengecasan pantas ini kekal selamat untuk pengguna. 

Paparan 120Hz AMOLED Memberikan Pengalaman Bermain Lebih Lancar

Jika pengguna mencari peranti untuk bermain permua, paparan OPPO Reno8 Pro 5G yang cantik ini turut mempunyai kadar segar semula setinggi 120Hz. Ini membolehkan kelancaran permainan betul-betul dirasai pemain. Ini juga merupakan kali pertama siri Reno menawarkan kadar segar semula pada kelajuan ini. 

Boleh Berintegrasi Dengan OPPO Pad Air

Turut melengkapi OPPO Reno8 Pro 5G adalah sekiranya anda turut membeli OPPO Pad Air, terdapat integrasi diantara peranti yang sangat menambah produktiviti. Anda boleh memaparkan paparan Reno8 Pro terus kepada Pad Air, dan mengawalnya dari tablet tersebut. Ini dijayakan dengan fungsi Multi-Screen Connect yang turut membolehkan anda melakukan penghantaran fail secara ‘Drag-and-drop’ antara peranti ini.

Disamping itu terdapat beberapa ciri yang lain termasuklah pembahagian paparan skrin bagi memudahkan anda melakukan multi-tugasan, disamping masih melihat pada paparan telefon pintar anda. Kemudian anda boleh menyalin kandungan tersebut secara terus, tanpa menggunakan aplikasi tambahan.

Namun begitu, anda perlu memastikan sambungan wifi anda mencapai 5GHz bagi menjamin kelancaran proses integrasi antara kedua-dua peranti.


Jelas sekali anda silap sekiranya meletakkan OPPO Reno8 Pro 5G ini sebagai peranti kelas pertengahan kerana dengan spesifikasi dan ciri yang dibawakan ini kesemuanya adalah apa yang anda boleh dapati pada peranti flagship.

OPPO Reno8 Pro ini dijual pada harga RM 3,499, dan dalam masa terhad, pembeli OPPO Reno8 Series juga akan menerima keahlian program keistimewaan MY OPPO yang bernilai sehingga RM 888.

Anda boleh mendapatkan peranti ini di pengedar rasmi OPPO seluruh Malaysia, atau menerusi laman web rasmi mereka.

Penafian: Advertorial dari OPPO Malaysia
© 2023 Amanz Media Sdn Bhd