Agensi Angkasa Malaysia Merakamkan Planet Musytari Dan Bulannya

Diterbitkan pada Ogos 1, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Agensi Angkasa Malaysia kini berkongsi gambar rakaman cerapan planet Musytari dan dua bulannya yang telah dilakukan pada 4 Julai 2022 lepas.

Untuk makluman, Musytari merupakan planet kelima dari Matahari, dan juga planet paling besar dalam sistem Suria kita.  Jarak purata Musytari dari Matahari adalah sekitar 778 juta kilometer, dan ia membawa ukuran diameter sekitar 142,984 km, iaitu 11.2 kali ganda berbanding diameter Bumi.

Menariknya juga, ia dilengkapi dengan sekitar 79 buah bulan, dan 4 bulan utama adalah Io, Europa, Ganymede, dan juga Callisto.

Melalui rakaman cerapan Agensi Angkasa Malaysia, mereka berjaya merakamkan dua buah bulannya, iaitu Europa dan juga Ganymede. Agensi Angkasa Malaysia, MYSA turut berkongsi, mengatakan “Planet gergasi bergas ini mempunyai jalur dan pusaran yang sebenarnya merupakan awan ammonia dan air yang sejuk dan berangin yang terapung di dalam lapisan atmosfera yang terdiri daripada gas hidrogen dan helium.”

Planet Musytari ini mengambil masa sekitar 12 tahun Bumi untuk melengkapkan orbitnya mengelilingi Matahari.

komen


© Amanz / 2022 Kami