PM Sepanyol Menggesa Golongan Pekerja Tidak Memakai Tali Leher Untuk Menjimatkan Tenaga

Diterbitkan pada Ogos 1, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Gelombang panas melampau melanda benua Eropah pada musim panas tahun ini dengan buat pertama kalinya suhu mencecah 40 darjah Celsius dicatatkan di England. Ini menyebabkan peningkatan penggunaan kuasa elektrik dalam situasi benua kekurangan bekalan minyak untuk stesen janakuasa kerana konflik di Ukraine.

Di Sepanyol, Perdana Menteri Pedro Sanchez menggesa golongan pekerja untuk tidak memakai tali leher apabila ke pejabat bagi mengurangkan penggunaan kuasa elektrik. Tanpa tali leher pekerja tidak akan cepat panas dan akan kurang menggunakan pendingin hawa. Ini sememangnya langkah yang tidak ortodoks untuk menjimatkan elektrik.

Perubahan iklim dilihat dengan lebih jelas tahun ini dengan rekod peningkatan suhu purata dunia, tahap karbon dioksida paling tinggi dan pelbagai jenis bencana alam yang dahulunya berlaku selang beberapa dekad kini menjadi norma tahunan.

komen


© Amanz / 2022 Kami