Kerajaan pada Belanjawan 2022 lepas telah berkongsi mengatakan merancang untuk memperkenalkan cukai import terhadap barangan bernilai rendah dibawah RM500 yang dibeli secara atas-talian.
Selari dengannya, kini Kementerian Kewangan telah mula membentangkan Rang Undang-Undang untuknya di Parlimen, untuk diluluskan.

Melalui perubahan pada perundangan ini, barangan bernilai rendah dibawah RM500 yang diimport melalui belian atas-talian akan tertakluk kepda cukai 10%.
Pada hari ini, barangan bernilai rendah yang diimport dari luar negara melalui pembelian atas-talian tidak dikenakan cukai. Namun, untuk produk-produk keluaran tempatan, ia tertakluk kepada cukai antara 5% ke 10%.
Melalui perubaahan RUU ini juga, ia memastikan keadilan antara produk keluaran tempatan dan juga produk yang diimport.
RUU ini dijangka akan menerima kelulusan sebelum persidangan sesi parlimen kali ii tamat pada 4 Ogos 2022 kelak.
- Sumber : TheStar