Apple Akan Perlihatkan Iklan Pada Halaman Utama App Store

Diterbitkan pada Ogos 1, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple sedia membolehkan penerbit aplikasi mempromosikan aplikasi di App Store pada bahagian carian. Kini, ia dilihat Apple ingin memperluaskan lagi capaian pengiklanan dan promosi aplikasi, dan memaparkan ia pada bahagian “Today”.

Dengan langkah ini, ia akan membolehkan penerbit aplikasi untuk mengetengahkan aplikasi dan penawaran mereka pada halaman utama App Store sendiri.

Seperti biasa, Apple akan melabelkan ia, memudahkan pengguna untuk membezakan antara aplikasi yang diketengahkan editor, dan juga aplikasi yang dipromosikan.

Apple mengatakan mereka akan menguji paparan baru pengiklanan di AppStore ini tidak lama lagi.

Sumber : 9to5Mac

komen


© Amanz / 2022 Kami