Cari @ Amanz

Indonesia melalui syarikat telekomunikasi PT Telkom Indonesia kini telah melancarkan dunia maya atau metamesta tersendiri, dinamakan metaNesia. Melalui metaNesia, pengguna boleh berinteraksi, berkolaborasi, selain melakukan transaksi dibawah platform tersebut secara maya melalui penggunaan avatar tersendiri.

Dengan langkah ini, PT Telkom Indonesia bergerak pantas sebelum beberapa platform atau penyedia lain menawarkan ekosistem mereka, sekaligus memastikan ekosistem tempatan di Indonesia terus maju.

metaNesia akan dilengkapi dengan sejumlah perkembangan dan ciri-ciri baharu secara berperingkat, termasuk pengenalan konsert maya, dan juga kedai atas-talian yang dijangka membantu pelbagai perniagaan kecil dan sederhana di Indonesia.

Bersama metaNesia, ia juga turut dikukuhkan bersama platform NFT mereka, dinamakan sebagai Merchnesia NFT – sekaligus memajukan industri kreatif Indonesia.

Bagi yang berminat, boleh mencuba metaNesia di Windows dan Mac pada hari ini. Ia dijangka diperluaskan ke platform lain secara berperingkat selepas ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd