Cari @ Amanz

Wiko hari ini kembali memasuki pasaran Malaysia secara rasminya selepas kira-kira dua tahun mendiamkan diri. Melaluinya, beberapa telefon pintar baharu daripada mereka telah ditawarkan untuk pengguna tempatan. Antaranya seperti Wiko T10 dan Wiko T50 yang dijual pada harga mampu milik.

Bagi yang berminat, Wiko T10 ditawarkan pada RM429 (2GB/64GB) dengan pilihan warna seperti Midnight Black dan Emerald Green. Ia bagaimanapun boleh dibeli pada harga promosi RM369 sewaktu kempen jualan 8.8. Sementara itu, Wiko T50 pula berharga RM899 (6GB/128GB) yang boleh didapati dalam warna seperti Aqua Green dan Midnight Black. Kedua-duanya akan mula tersedia menerusi pengedar dan rakan kongsi sah Wiko di seluruh Malaysia.

Wiko T10 menggunakan skrin sejenis bertakuk sebesar 6.5-inci IPS LCD beresolusi HD+ (720 x 1600 piksel). Ia kemudiannya dipadankan dengan cip MediaTek Helio A22, memori 2GB RAM, storan dalaman 64GB dan bateri berkapasiti 5000mAh. Kamera utama sebesar 13MP, manakala kamera swafoto pula 5MP.

Wiko T50 pula dilengkapi skrin berlubang dengan saiz 6.6-inci IPS LCD beresolusi FHD+ (1080 x 2400 piksel). Seterusnya, cip yang digunakan adalah MediaTek Helio G85 dengan memori sehingga 6GB RAM dan storan dalaman 128GB. Bateri pula sebesar 4,000mAh yang menyokong sistem pengecasan 40W. Kamera utama terdiri dengan 64MP + 8MP + 2MP dan kamera swafoto pula sebesar 16MP.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd