Cari @ Amanz

Skrin pada telefon pintar kini sudah mencecah 165Hz yang menggunakan bateri dengan pantas. Oleh itu skrin LTPO hadir dengan ciri mengubah kadar segar semula sehingga 1Hz sekiranya diperlukan untuk mengurangkan penggunaan bateri. Tetapi Samsung telah mempatenkan teknologi skrin yang mempunyai kadar segar semula berbeza secara serentak.

Paten difailkan pada tahun 2021 tetapi dokumen hanya diterbitkan baru-baru ini. Dalam lakaran paten, panel skrin boleh menggunakan tiga kadar segar semula berbeza. Satu pada 30Hz, satu pada 60Hz dan satu lagi pada 120Hz.

Dengan zon kadar segar semula berbeza, hanya kawasan yang memerlukan kadar segar semula tinggi akan diaktifkan sementara zon lain lebih rendah membolehkan penjimatan penggunaan bateri yang lebih baik. Walaupun paten sudah difailkan, ini tidak bermakna Samsung akan menggunakannya pada peranti terkini dalam masa terdekat,

  • Sumber
Sumber – GalaxyClub.NL
  • Sumber

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd