Carian
Dell Ingin Bangunkan Sokongan Pengecasan Nirwayar Melalui Laptop
August 2, 2022 Aman

Dell kini memfailkan paten, memperlihatkan penyertaan sokongan pengecasan nirwayar pada komputer riba, membolehkan sebarang peranti lain dicas dengan meletakkan ia pada bahagian atas komputer riba berkenaan.

Dell meggunakan klip khusus yang diletakkan berhampiran dengan trackpad. Pengguna hanya perlu meletakkan peranti seperti telefon pintar atau fon telinga yang menyokong pengecasan pantas di atasnya ketika menggunakan komputer riba, dan ia akan dicas.

Buat masa ini, Dell sekadar memfailkan paten sahaja, dan tidak diketahui sama ada produk seumpamanya akan dikomersilkan atau tidak.

Selain Dell, Apple turut sedang melihat ke arena lebih kurang sama.

Komen