Bagaimana unifi Memberikan Penggunaan Internet Yang Terbaik Sepanjang Masa?

Diterbitkan pada Okt 17, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Jika difikirkan kembali, agak sukar sebenarnya untuk menjalani kehidupan seharian tanpa sambungan internet yang stabil pada zaman sekarang. Mana tidaknya, hampir semua aktiviti seharian kita melibatkan penggunaan teknologi, dan teknologi memerlukan sambungan internet yang stabil untuk ia berfungsi dengan baik. Tidak kira sama ada dari segi kerja, komunikasi seharian, atau hiburan sekalipun, kita memerlukan sambungan internet yang lebih stabil untuk membantu produktiviti kita.

Bayangkan, jika anda perlu mengejar masa untuk menghantar sesuatu tugasan penting atau sedang menjalani ujian secara atas talian dan secara tiba-tiba berlaku gangguan internet, apa yang anda perlu lakukan? Dengan melanggan pelan internet daripada unifi, anda tidak perlu lagi risau tentang situasi-situasi seperti ini kerana unifi menjaminkan servis baik pulih dalam tempoh 24 jam atau anda juga boleh membaik pulih sambungan internet secara kendiri dengan bantuan berterusan daripada unifi seperti di bawah.

Apa Yang Anda Boleh Lakukan Untuk Membaik Pulih Sambungan Internet?

1. Menyelesaikan Masalah Internet Secara Kendiri

Pada zaman sekarang, kami yakin bahawa hampir semua di antara kita sudahpun celik teknologi dan tahu bagaimana untuk melakukan proses troubleshoot yang asas. Hal ini kerana, kadang kala masalah gangguan internet ini bukanlah berpunca daripada rangkaian internet itu sendiri, tetapi ada kebarangkalian juga daripada faktor luaran yang lain. Jadi, jika berlaku masalah gangguan internet, perkara pertama yang anda perlu buat adalah sentiasa mencari punca masalah kepada gangguan internet ini terlebih dahulu, dan kenal pasti sama ada ia boleh diselesaikan sendiri ataupun tidak.

Melalui Easyfix, anda boleh mendiagnos punca masalah internet secara kendiri. Anda hanya perlu aktifkan EasyFix ini menerusi aplikasi myunifi atau layari sahaja pautan rasmi EasyFix untuk membuat pemeriksaan. Antaramukanya mesra pengguna dan terdapat pelbagai tips yang diberikan untuk memberi panduan kepada anda. Setelah membuat pemeriksaan, tetapi masalah masih lagi belum dapat diselesaikan, pihak unifi akan mengeluarkan laporan berkenaan masalah ini secara automatik untuk tindakan seterusnya. Ciri Live Chat unifi juga boleh digunakan untuk anda dapatkan bantuan secara masa nyata daripada pihak mereka.

2. Hubungi Pasukan Khas unifi Elite

Jika masalah internet masih lagi tidak dapat diselesaikan secara kendiri, anda juga boleh menghubungi pasukan khas unifi Elite untuk dapatkan bantuan. Mereka merupakan kumpulan perunding yang mahir dalam memberi solusi untuk mengoptimasikan rangkaian internet di rumah anda dengan lebih baik.

Antara solusi yang pasukan unifi Elite boleh berikan adalah seperti membuat penilaian tentang rangkaian internet dengan menggunakan alat penganalisis prestasi Wi-Fi dan memberi cadangan untuk mengubah kedudukan penghala Wi-Fi. Mereka juga akan membuat laporan khas untuk anda tentang lokasi yang sesuai bagi menempatkan penghala Wi-Fi di sekitar rumah anda agar isyarat Wi-Fi menjadi lebih kuat dan stabil.

3. Semak Status Baik Pulih Melalui Penjejak Perkhidmatan

Ada kalanya pihak telekomunikasi perlu menghantar juruteknik mereka ke rumah anda untuk menyelesaikan masalah internet yang dihadapi. Jika dahulu, kita perlu menunggu seharian untuk mereka datang tanpa ketahui masa yang tepat mereka akan sampai. Kini jika anda pelanggan unifi, anda boleh melihat status laporan mereka secara masa nyata sama dan anda boleh memantau status tiket anda dengan mudah tanpa risau jadual harian anda diganggu.

4. unifi Akan Menyelesaikan Masalah Anda Dalam Tempoh 24 Jam

Namun, jika berlaku masalah teknikal daripada pihak unifi sendiri, mereka akan memberi makluman kepada pengguna mereka melalui WhatsApp rasmi unifi Care, SMS atau juga notifikasi di aplikasi myunifi. Anda juga boleh menjejak perkembangannya secara masa nyata melalui aplikasi myunifi.

Menurut unifi, mereka akan mencuba sedaya upaya untuk membaik pulih sambungan internet ini secepat yang mungkin dan memastikan bahawa perkara ini dapat diselesaikan dalam tempoh masa 24 jam sahaja. Sekiranya pihak mereka tidak dapat menyelesaikan masalah ini dalam tempoh masa yang ditetapkan, anda sebagai pengguna akan menerima rebat bil RM50 sebagai pampasan. Ini adalah salah satu inisiatif yang baik daripada pihak unifi dalam memastikan pengalaman penggunaan yang memuaskan kepada pelanggan mereka.

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, teknologi hari ini membuatkan semua perkara menjadi lebih mudah, sehinggakan kita sebagai pengguna juga boleh menyelesaikan masalah internet ini secara kendiri. Pihak unifi juga ingin memberikan pengalaman penggunaan yang terbaik untuk pengguna mereka. Oleh sebab itu mereka menjaminkan proses baik pulih akan diselesaikan dalam masa 24 jam sahaja.

Jika anda belum lagi melanggan pelan internet daripada unifi dan ingin membuat percubaan, ia juga tidak menjadi masalah kerana mereka menawarkan tempoh percubaan selama 30 hari secara percuma. Sekiranya anda mengalami sebarang masalah gangguan internet, pihak khidmat pelanggan unifi akan sentiasa bersedia 24 jam untuk membantu anda.

Penafian : Advertorial Daripada unifi

komen


© Amanz / 2022 Kami