OPPO Watch 3 telah disahkan menggunakan cip terkini Snapdragon W5 Gen 1 yang diumumkan bulan lalu. Snapdragon W5 Gen 1 menjanjikan peningkatan prestasi sehingga dua kali ganda dengan penjimatan kuasa 50% berbanding Snapdragon Wear 4100+ yang dilancarkan dua tahun yang lalu.

Walaupun sudah diacah di dalam poster rasmi, tarikh pelancaran jam tangan pintar ini masih belum diumumkan. Selain Oppo, Monvoi juga telah mengesahkan penggunaan cip untuk jam tangan Wear OS yang paling berkuasa ini. Menarik sekali varian cip ini digunakan dan bukannya Snapdragon W5+ Gen 1 yang mempunyai satu teras tambahan yang hanya aktif dalam mod Always on Display.