Siri Xiaomi 12S amat dinantikan kerana ketiga-tiga peranti dilengkapi cip Snapdragon 8+ Gen 1 dan sistem kamera Leica. Berita buruk bagi pengguna di Malaysia ialah, Xiaomi mengesahkan siri 12S tidak akan ditawarkan secara rasmi untuk pasaran tempatan.

Ini disahkan oleh wakil Xiaomi Malaysia dalam sebuah sesi bersama media sebentar tadi. Sungguhpun siri 12S tidak dijual secara rasmi di Malaysia, mereka mengesahkan peranti lain dengan sistem lensa Leica akan ditawarkan oleh Xiaomi ke pasaran tempatan di masa hadapan.
Bagi yang mendambakan sistem Leica, berita baik bagi anda ialah APK untuk kamera 12S boleh dimuat turun dan selepas mengujinya sendiri kami dapat melihat peningkatan kemampuan fotografi yang ketara.