Twitter Mula Menguji Kiraan Ciapan Bulanan Yang Dipaparkan Pada Profil Pengguna

Diterbitkan pada Ogos 2, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sejak kebelakangan ini, Twitter tidak berhenti menguji banyak ciri dan fungsi baharu. Ada yang sudah dilancarkan dan ada juga yang hanya segelintir pengguna dapat menggunakannya.

Sebelum ini, Twitter sudah mula memberikan sesiapa sahaja boleh mengikuti pengguna Twitter lain tanpa mendaftar akaun. Kemudian mereka turut menguji ciri memuat naik gambar, GIF dan video dalam satu ciapan dan turut ada menguji ciri meletakkan status topik.

Terkini, Twitter dilihat mula memaparkan kiraan ciapan bulanan untuk pengguna terpilih. Kiraan ini dilihat mungkin akan menjadi satu faktor penilaian sama ada adakah seseorang pengguna itu patut diikuti ataupun tidak. Ciri ini juga masih terhad lagi dan tidak pasti ia akan diedarkan secara menyeluruh ataupun tidak.

komen


© Amanz / 2022 Kami