Cari @ Amanz

Kepelbagaian produk audio masa kini memberi peluang kepada pengguna untuk memilih, membanding dan memuaskan kehendak sesuai dengan keperluan mereka. Terbaru, OnePlus Nord Buds CE telah diperkenalkan secara rasmi sebagai model kemas kini buat OnePlus Buds Nord sebelum ini.

OnePlus Nord Buds CE merupakan fon telinga nirwayar yang menampilkan rekaan separa terbuka dan pod pengecas berbentuk bujur. Ia kemudiannya dilengkapi sepasang pemandu audio sebesar 13.4mm tanpa sokongan pembatalan hingar aktif. Sebaliknya, sekadar dilengkapi pembatalan bunyi berasaskan AI untuk pengalaman panggilan lebih baik.

Seterusnya, ia turut menyokong format AAC dan SBC. Di samping, bateri sebesar 300mAh yang menawarkan masa penggunaan mencapai 20 jam lamanya. Lain-lain spesifikasi termasuklah sokongan aplikasi Hey Melody, melepasi penarafan kalis air IPX4, tambatan pantas melalui bluetooth 5.2 dan sebagainya.

Untuk harga, OnePlus Nord Buds CE ditawarkan pada INR2,299 (~RM130) dengan beberapa pilihan warna seperti Moonlight White dan Misty Gray.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd