Cari @ Amanz

Realme Narzo 50i Prime kini ditawarkan secara rasminya di Malaysia. Pengenalannya adalah sebagai model kemas kini baharu buat peranti sedia ada di bawah siri Narzo 50 yang diumumkan sebelum ini. Menurut Realme, peranti pintar ini akan mula tersedia bermula 8 Ogos 2022 dengan harga bermula RM429 (3GB/32GB) dan RM499 (4GB/64GB).

Bagi yang berminat, ia boleh didapati menerusi kedai atas talian rasmi Realme di Lazada. Lebih menariknya, ia turut boleh dibeli pada harga promosi lebih murah bermula RM369 (3GB/32GB) dan RM429 (4GB/64GB) sewaktu berlangsungnya jualan pertama kelak.

Realme Narzo 50i Prime menggunakan skrin sebesar 6.5-inci beresolusi HD+ dan nisbah skrin-ke-badan mencapai 88.7%. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip Unisoc T612 (12 nm) bersama memori sehingga 4GB RAM dan storan dalaman mencaoai 64GB. Bateri pula sebesar 5,000mAh dengan pengecasan 10W. Kamera utama 8MP turut digunakan, di samping kamera swafofo 5MP.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd