Logitech G Dan Tencent Games Bekerjasama Untuk Membangunkan Peranti Untuk Perkhidmatan Penstriman Permainan Video

Diterbitkan pada Ogos 2, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Tencent Gaming ialah syarikat pembangun permainan video dan mudah-alih yang terkenal dari China, manakala Logitech G pula dikenali untuk aksesori-aksesori gaming mereka. Kedua-dua syarikat ini dilaporkan akan bekerjasama untuk membangunkan sebuah peranti konsol permainan khusus untuk perkhidmatan penstriman gaming awanan.

Menurut laporan, kedua-dua syarikat ini akan bekerjasama dengan NVIDIA dan Microsoft untuk membangunkan konsol tersebut kerana konsol ini, apabila dilancarkan kelak akan menyokong perkhidmatan penstriman GeForce Now oleh NVIDIA dan juga Xbox Cloud Gaming oleh Microsoft.

Konsol ini dinamakan Logitech G Gaming Handheld buat masa ini, dan rekaan dan spesifikasi mengenai konsol ini masih belum diketahui lagi. Tambahan lagi, spesifikasi untuk konsol ini, bersama-sama dengan perisiannya juga masih tidak diumumkan, dan samada ia akan menyokong perkhidmatan penstriman gaming lain seperti Google Stadia ataupun PlayStation Now juga masih belum diumumkan.

Ia dilihat tidak begitu berbeza dengan penawaran oleh NVIDIA sebelum ini, iaitu NVIDIA Shield dan juga Steam Deck yang membolehkan anda menstrim permainan daripada akaun Steam di desktop melalui Steam Remote Play.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai peranti ini, anda boleh mendaftar minat di laman web Logitech G Gaming Handheld ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami