Robot OceanOneK Hadir Dengan Sokongan Haptik Supaya Pengawal Boleh Merasa Objek Yang Dipegang

Diterbitkan pada Ogos 2, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Robot kawalan jauh laut dalam telah digunakan oleh ekspedisi Dr Robert Ballard untuk meneroka tempat karamnya Titanic hampir 40 tahun yang lalu. Dengan kemajuan teknologi, robot kawalan jauh laut dalam kini hadir dengan sokongan haptik yang membolehkan pengawal merasa objek yang dipegang.

OceanOneK ialah robot yang rupanya seakan manusia rekaan Standrod University. Ini bukan robot pertama ciptaan mereka dengan versi ini adalah yang pertama boleh menyelam sehingga kedalaman 1 kilometer.

Selain sokongan haptik, sistem kamera stereoskopik membolehkan pengawal melihat seperti mereka yang menyelam bukannya sebuah robot. Pereka OceanOneK melihat robot ini akan digunakan untuk meneroka permukaan laut, kapal karam dan kawasan arkeologi bawah laut di masa hadapan.

komen


© Amanz / 2022 Kami