Carsome merupakan salah satu platform memfokuskan jual-beli kereta terpakai yang agak popular di Malaysia dan rantau Asia Tenggara. Hari ini, Carsome berkongsi meraikan ulang-tahun ke-7 sejak mereka beroperasi.
Carsome telah dimulakan di Malaysia pada 2015 yang lepas, dan kini beroperasi di sejumlah negara sekitar Asia Tenggara, termasuk Singapura dan Indonesia.
Malah, tahun 2022 ini agak menarik untuk Carsome kerana mereka turut menerima lesen perbankan digital melalui konsortium yang diterajui KAF Investment, selain turut telah mengambil-alih portal automotif tempatan, WapCar.
Terkini, berkongsi mengenai perkembangan semasa, Carsome mengatakan mereka menjual 18,000 kereta setiap bulan – merangkumi operasi mereka di rantau ini.
Carsome kini menyasarkan perniagaan mereka di luar Malaysia akan menyumbang pendapatan sebanyak 40% pada tahun 2022 ini.