Pengguna Apple Studio Display Melaporkan Masalah Speaker Tidak Berfungsi

Diterbitkan pada Ogos 2, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple Studio Display dilancarkan tahun ini sebagai monitor pertama Apple dengan kamera terbina. Sejak dari awal pelancaran ia berhadapan dengan pelbagai masalah seperti kualiti kamera yang tidak begitu memuaskan. Kini muncul pula isu lebih serius dimana speaker monitor berhenti berfungsi secara rawak.

Menurut laporan MacRumors, ratusan pemilik melaporkan audio akan terhenti secara tiba-tiba ketika monitor digunakan. Isu ini hanya dapat diselesaikan dengan pengguna mematikan dan kemudian menghidupkan semula monitor. Tetapi penyelesaian ini hanyalah sementara kerana isu audio akan kemudian hadir semula secara tiba-tiba.

Terdapat spekulasi ini bukan isu perkakasan tetapi adalah disebabkan oleh perisian. Studio Display menggunakan sistem operasi iOS dengan ia turut dilengkapi cip Apple 13 Bionic serta storan 64GB. Pada waktu artikel ini ditulis Apple sudah menyedari akan isu ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami