Cari @ Amanz

Samsung Galaxy S23 Ultra Dikatakan Bakal Sertakan Kamera 200MP

Oleh Aman

Link Copied!

Samsung kini diperkatakan bakal menyertakan sensor kamera 200-megapixel bersama telefon mercu akan datang mereka, Samsung Galaxy S23 Ultra.

Samsung dikatakan bakal menggunakan sensor 200MP generasi baharu, sekaligus menawarkan kualiti rakaman lebih baik.

Buat masa ini, telefon pintar pertama dengan sensor 200MP dijangka diperkenalkan bulan ini atau hadapan. Beberapa jenama dijangka akan menggunakannya, termasuk Motorola dan juga Xiaomi.

Desas-desus berkenaan penggunaan kamera 200MP oleh Samsung ini telah kedengaran sejak tahun lepas. Sama-sama kita nantikan sama ada ia akan menjadi realiti, atau Samsung memilih untuk mengubahnya kelak.


Komen ()