Akses kepada beberapa perkhidmatan atas talian telah dihalang di Indonesia selepas syarikat pemilik gagal mendaftar untuk mendapatkan permit permit Penyelenggara Sistem Elektronik Lingkup Privat (PSE) yang diperlukan untuk beroperasi. Antara yang teruk terjejas ialah platform Steam, Origin, PayPal, dan Epic Games.
Kementerian Komunikasi dan Informatika Indonesia (Kominfo) hari ini menaikkan status bahawa akses kepada Steam dan Yahoo kini kembali pulih selepas kedua-dua syarikat bersetuju untuk memohon permit operasi. Akses kepada Origin dan Epic Games walau bagaimanapun masih dihalang ketika artikel ini ditulis. Akses kepada PayPal dibuka sementara selama lima hari bagi membolehkan pengguna mengeluarkan dana.
Semalam Ketua Pengarah Kominfo Semuel Abrijani Pangerapan memohon maaf kepada golongan gamer kerana menghalang Steam. Menurut beliau langkah perlu diambil bagi memenuhi keperluan undang-undang negara.