MiGu Xiaomi Headband Membolehkan Pengguna Kawal Peranti Berhubung Dengan Minda

Diterbitkan pada Ogos 2, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Xiaomi baru-baru ini telah mengadakan acara hackathon di China. Antara projek yang menjadi juara dalam acara ini adalah MiGu Xiaomi Headband, iaitu cekak kepala pintar.

MiGu Xiaomi Headband ini dikatakan boleh digunakan untuk mengawal peranti berhubung di rumah. Tetapi keunikannya adalah, ia boleh memastikan pengguna yang memandu tidak mengalami masalah kelesuan ketika memandu.

Cekak kepala ini boleh membaca aktiviti otak pengguna dengan memantau emosi melalui gelombang EEG (elektroensefalografi). Pasukan jurutera Xiaomi melatih cekak kepala ini secara manual untuk memahami gelombang otak yang berbeza. Kawalan peranti berhubung untuk rumah tadi juga adalah dengan pengguna berfikir sahaja.

Buat masa ini, ia hanyalah satu produk ujian sahaja bagi membuktikan yang kawalan “minda” boleh diintegrasikan pada peranti boleh pakai.

komen


© Amanz / 2022 Kami