Cari @ Amanz

Pengkaji di Korea Selatan sedang bangunkan dakwat cacah atau tatu dengan integrasi teknologi nano, sekaligus membolehkan ia digunakan untuk beberapa perkara.

Dengan penggunaan dakwat berasaskan teknologi nano, ia dikatakan boleh dihubung bersama sensor-bio atau sebarang peranti, sekaligus menghantar data dan maklumat berkaitan kesihatan – seperti denyutan nadi, kadar glukosa dalam darah, dan sebagainya.

Dakwat berkenaan dikatakan dibangunkan menggunakan zarah berasaskan galium, dan juga nanotiub karbon yang membolehkan elektrik dialirkan, disamping menawarkan ketahanan.

Buat masa ini, ia masih pada peringkat kajian. Saintis dan pengkaji terlibat turut menyasarkan supaya kelak boleh integrasikan cip nirwayar padanya bagi membolehkan data dan isyarat dihantar secara nirwayar ke peranti terdekat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd