Carian
Penerbangan Nancy Pelosi Dari Malaysia Ke Taiwan Mencatat Jumlah Penjejak Tertinggi Dalam Sejarah Flighradar24
August 3, 2022 Effi Saharudin

Ramai mungkin menyedari penerbangan Speaker Dewan perwakilan Amerika Syarikat dari Lapangan Terbang Antarbangsa Subang ke Taipei semalam adalah sangat bersejarah. Ia kali pertama sejak 1997, seorang Speaker Dewan Perwakilan A.S melawat Taiwan yang tidak diiktiraf oleh China sebagai sebuah negara merdeka. Kerana nilai sejarah yang tinggi ini, laman Flighradar24 mencatatkan rekod penjejak tertinggi dalam sejarah.

Pergerakan pesawat SPAR19 yang membawah Pelosi mencatatkan sehingga 2.92 juta pengikut sepanjang penerbangan selama lebih 7 jam. Lebih 700,00 penjejak dicatatkan semasa pesawat tiba ke destinasi. Pesawat mengambil jalan jauh mengikuti laluan merentas ruang udara Indonesia dan Filipina sebelum mengubah arah ke udara untuk tiba di Taiwan bagi mengelakkan terbang di ruang udara Laut China Selatan yang dipenuhi markah milik tentera China.

Kerana jumlah penjejak yang tinggi dari luar biasa, Flightradar24 terpaksa menghadkan akses kepada pengguna yang tidak berdaftar.

Komen