Microsoft Memperkenalkan Aplikasi Outlook Lite Untuk Android – Lebih Pantas Dan Jimat Bateri

Diterbitkan pada Ogos 3, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Microsoft minggu ini telah melancarkan aplikasi emel baharu iaitu Outlook Lite. Ia adalah aplikasi emel yang menyasarkan saiz pemasangan yang lebih kecil, mampu beroperasi pada prestasi yang lebih lancar dan jimat penggunaan bateri.

Aplikasi ini disasarkan kepada peranti dengan memori sekurang-kurangnya 1GB RAM dan mempunyai saiz pemasangan sekitar 5MB sahaja. Ia juga boleh digunakan dengan sambungan Internet yang perlahan atau terhad seperti untuk pengguna di negara membangun.

Penawaran Microsoft ini adalah seakan apa yang Facebook dan Google lakukan untuk aplikasi versi Lite dan Go mereka seperti Facebook Lite atau Gmail Go. Aplikasi Outlook Lite ini boleh digunakan untuk akses akaun emel Outlook.com, Hotmail, Live, MSN, Microsoft 365, dan Microsoft Exchange Online. Ia akan ditawarkan kepada pengguna Android di Argentina, Brazil, Chile, Colombia, Ecuador, India, Mexico, Peru, Saudi Arabia, South Africa, Taiwan, Thailand, Turkey, dan Venezuela.

komen


© Amanz / 2022 Kami